Asalamualaikum kepada semua pembaca dan salam sejahtera.
hari ini saya nak bawa pembaca bersama-sama untuk kita hayati soalan yang pernah timbul dalam benak pemikiran kita sebenarnya telah dijawab di dalam Al-Quran.
Kenapa aku sering diuji ?
Allah berfirman di dalam Surah Al-Ankabut ayat 2-3 yang bermaksud "Apakah manusia mengira bahawa mereka telah beriman dibiarkan sahaja dengan mengatakan 'kami telah beriman',sedangkan mereka tidak di uji?
Dan sesungguhnya kami telah menguji orang2 yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengatahui yang manakah orang yang benar dan sesungguhnya dia mengetahui orang yang berdusta.''
Kenapa aku tak dapat apa yang aku impikan ?
Allah berfirman di dalam Surah Al-Baqarah ayat 216 yang bermaksud "Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia amat baik baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, sesungguhnya allah maha menngatahui sedang kamu tidak mengetahui.''
Kenapa aku diuji seberat ini ?
Firman Allah, maksudnya ''Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesangupanya.''
Surah Al-Baqarah ayat 286
Apa yang aku boleh dapat dari semua ini ?
Allah berfirman dalam Surah At-Taubah ayat 111 maksudnya "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan (bayaran) syurga untuk mereka...''
Bagaimana hendak hadapi ujian ini ?
Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat yang ke 45 maksudnya ''Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan menunaikan solat, dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang yang khusyuk"
Ok sidang pembaca yang di horamati sekalian saya hanya memetik rencana di atas berdasarkan sebuah buku, kadangkala soalan seperti di atas pernah timbul dalam pemikiran saya rupa-rupanya Allah telah menjawab kesemuanya itu.
Sampai disini sahaja jika terdapat kesilapan anda boleh tegur saya.
Semua yang baik datang dari Allah dan yang buruk daripada saya sendiri.
Sekian wasalam.
Terbaekk . saya suka :)
ReplyDeleteGood. Nice sharing. Teruskan yea.
ReplyDelete-Najihah Faizah-