Monday, 27 February 2012

Hari Sukan Sekolah Agama Al-Khairiah 2012

Asalamualaikum kepada pembaca yg dikasihi, yg disayangi dan yg comel dan handsome belaka...

Hari ni saya nak story sikit pasal hari sukan sekolah yang di langsungkan pada 16hb-19hb febuari ^_^
untuk makluman pembaca pada tahun 2012 adalah sejarah bagi Sekolah saya iaitu buat kali pertama sekolah kami mengadakan Larian Al-Khairiah yang lebih dikenali merentas desa...



nampak siapa tu ? hahaha BTW iam not Chelsea fans...


dalam acara Larian Al-khairiah saya dapat tempat yang ke 19 daripada 208 orang pelajar woahhh hebat jugakan (sambil mengangkat kening) ^_^.

Seterusnya saya ingin bawakan highlight pada acara sukan tahun 2012

Pada tahun ini semua rumah sukan ada johan dalam acara masing iaitu :-

a) Rumah Hijau memenangi acara sukan.
b) Rumah Biru memenangi acara larian.
c) Rumah Kuning memenangi acara ilmiah.
d) Rumah merah memenangi acara rumah berhias.



Sebahagian atlit rumah biru bersama guru pebimbing
Atlit daripada rumah biru yang dibelah kanan ialah Sheikeh.
para perserta diberi tak limat sebelum larian.

Rumah Kuning,

pasukan Rumah Merah not maxis center hahaha...
oke sampai disini sahaja untuk kali ini harap maaf gambar untuk pasukan Rumah Hijau tidak ada...
kita akan bersambung di lain hari...oke 

asalamualaikum












Sunday, 19 February 2012

Why me ?

Asalamualaikum kepada semua pembaca dan salam sejahtera.
hari ini saya nak bawa pembaca bersama-sama untuk kita hayati soalan yang pernah timbul dalam benak pemikiran kita sebenarnya telah dijawab di dalam Al-Quran.

Soalan yang telah di jawab di dalam Al-Quran..

Kenapa aku sering diuji ?
Allah berfirman di dalam Surah Al-Ankabut ayat 2-3 yang bermaksud "Apakah manusia mengira bahawa mereka telah beriman dibiarkan sahaja dengan mengatakan 'kami telah beriman',sedangkan mereka tidak di uji?
Dan sesungguhnya kami telah menguji orang2 yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengatahui yang manakah orang yang benar dan sesungguhnya dia mengetahui orang yang berdusta.''

Kenapa aku tak dapat apa yang aku impikan ?
Allah berfirman di dalam Surah Al-Baqarah ayat 216 yang bermaksud "Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia amat baik baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, sesungguhnya allah maha menngatahui sedang kamu tidak mengetahui.''

Kenapa aku diuji seberat ini ?
Firman Allah, maksudnya ''Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesangupanya.''
Surah Al-Baqarah ayat 286

Apa yang aku boleh dapat dari semua ini ?
Allah berfirman dalam Surah At-Taubah ayat 111 maksudnya "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan (bayaran) syurga untuk mereka...''

Bagaimana hendak hadapi ujian ini ?
Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat yang ke 45 maksudnya ''Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan menunaikan solat, dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang yang khusyuk"

Ok sidang pembaca yang di horamati sekalian saya hanya memetik rencana di atas berdasarkan sebuah buku, kadangkala soalan seperti di atas pernah timbul dalam pemikiran saya rupa-rupanya Allah telah menjawab kesemuanya itu.

Sampai disini sahaja jika terdapat kesilapan anda boleh tegur saya.
Semua yang baik datang dari Allah dan yang buruk daripada saya sendiri.

Sekian wasalam.


Pengikut

Medan, Indonesia

Medan, Indonesia

Tentang Saya

My photo
Cairo, Egypt
simple je, minat dlm bidang multimedia...nak jadi doktor yg boleh kembangkan agama islam...di Eropah.

Jumlah Pelawat